suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naik angin disuruh cari kerja, kutu dadah ugut cederakan ibu kandung guna tukul besi

Suspek ketika ditahan di rumahnya pada Ahad.

BERANG sering disuruh mencari pekerjaan, seorang pemuda yang masih menganggur didakwa tergamak mengugut ibu kandungnya menggunakan tukul besi.

Lelaki berusia 28 tahun itu turut mengaku tidak tahan lagi mendengar nasihat berulang kali daripada ibu bapanya yang memintanya berhenti bergaul dengan rakan-rakan penagih dadah.

Kejadian berlaku di rumah keluarganya di Jalan Mangkubumi, Gang Kelinci, Kampung Aur, Medan Maimun, Indonesia, kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, suspek ditahan pada Ahad selepas video serta maklumat mengenai perbuatannya tular di media sosial.

Mangsa, Risma Delima Hutabarat, 50, merupakan seorang suri rumah yang tinggal serumah dengan suspek.

Ketua Polis Sektor Medan Kota, Kompol Johan Kurniawan berkata, pihaknya turut merampas tukul besi yang dipercayai hendak digunakan suspek untuk memukul mangsa.

"Polis menahan suspek bersama barang bukti berupa tukul besi yang dipercayai hendak digunakan untuk memukul mangsa," katanya.

Menurut Johan, siasatan awal mendapati suspek mengaku berang kerana sering diminta mencari pekerjaan selain ditegur supaya tidak bergaul dengan penagih dadah.

Suspek turut mendakwa berasa disisihkan keluarganya sehingga tidak dapat menerima nasihat ibu bapanya.

Dia juga mengaku menggunakan dadah sepanjang hari sebelum bertindak mengugut ibunya. -Agensi

Artikel Lain