AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak dapat menyembunyikan keterujaannya menantikan detik bergelar suami kepada pelakon Bella Astillah yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.Syed Saddiq, 34, berkata perjalanan hidup yang dilaluinya selama ini akhirnya menemukan dia dengan Bella, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka. "Seribu kenangan dan perjalanan hidup akhirnya menemukan saya dengan awak. Syed Saddiq teruja bakal memulakan fasa kehidupan baharu sebagai suami."Tinggal 38 jam (ketika hantran dibuat) lagi sebelum bergelar suami isteri," katanya. Syed Saddiq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut berkongsi video pra-perkahwinan mereka yang dipercayai dirakamkan di Kota London. ARTIKEL BERKAITAN: Sedia jadi ‘bapa segera‘, Syed Saddiq sudah buat persiapan masa depan Bella dan anak-anakARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal anjur dua ‘Kenduri Rakyat‘ sempena majlis kahwinBerkongsi lanjut mengenai fasa baharu yang bakal ditempuhi, Syed Saddiq menyifatkan perkahwinan sebagai permulaan kepada kehidupan yang bukan lagi hanya berkisarkan dirinya sendiri, sebaliknya melibatkan mereka berdua."Selepas ini, bermulalah satu fasa baharu dalam kehidupan."Bukan lagi tentang diri sendiri, tetapi tentang kita berdua," ujarnya. Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu, 10 Oktober. Bella (kiri) dan Syed Saddiq bakal bernikah pada 10 Oktober.Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.Hasil perkahwinan tersebut, Bella dan Aliff dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6 tahun.