PELAKON Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak ketiga pada Sabtu di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.Berkongsi berita gembira itu, Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans, 37, turut meluahkan rasa kesyukuran atas kelahiran tersebut. "Alhamdulillah. Kami amat bersyukur. Terima kasih atas semua ucapan," katanya ringkas.Juliana sebelum ini berkongsi kegembiraan bakal timang cahaya mata lelaki. Juliana memuat naik gambar dia bersama bayi lelaki berkenaan di laman Threads miliknya pada Ahad.Bayi lelaki seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan pada pukul 2.04 petang Sabtu.Pelakon ini turut memaklumkan anak itu diberi nama Tengku Ismail.ARTIKEL BERKAITAN: Juliana Evans hamil anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Juliana Evans umum kehamilan ketiga, bakal dapat anak lelakiPada Jun lalu, Juliana memaklumkan dia hamil anak ketiga dan kemudian berkongsi khabar gembira bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki.Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3.