suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan Gen Z saja, geng milenial pun sanggup berhujan! 12,000 pengunjung meriahkan Ultra Kalcer Malaysia 2026

Persembahan Hindia paling dinanti-nantikan oleh peminat. / Foto Kredit: Neptunes Presents

FESTIVAL muzik Ultra Kalcer Malaysia 2026 yang berlangsung selama dua hari di KL Festival Park, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lalu meraih lebih 12,000 pengunjung.

Konsert yang menghimpunkan 19 artis terkenal dari Malaysia dan Indonesia itu menerima sambutan hebat apabila berjaya menarik ramai peminat muzik dari kedua-dua negara.

Pada Sabtu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan daripada Belia Benci Club, Citykops, Good Morning Everyone, The Alif, Danilla, Kris Dayanti, Rangkaian Fugo, Sal Priadi, Hindia dan Pamungkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Wings hangatkan sambutan 35 tahun Hard Rock Cafe, tiga kumpulan rock tampil bertenaga

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza belum ‘move on’, dah ada permintaan Gema Bumantara 2.0!

Manakala hari kedua pula membariskan Belia Benci Club, Okirama, Dukes, Biru Baru, Rumah Sakit, Bara Suara, Naykilla, Lomba Sihir, Romantic Echoes & The Moonlight Knights dan Feel Koplo.

Sepanjang festival berlangsung, suasana di KL Festival Park cukup meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak melepaskan peluang menikmati persembahan artis kegemaran masing-masing.

Rata-rata penonton dilihat terhibur dengan persembahan bertenaga barisan artis yang silih berganti mengambil pentas, malah ada yang turut menyanyi bersama-sama mengikut lagu yang dipersembahkan.

Barisan selebriti bijak berinteraksi menghiburkan pengunjung.

Meskipun hujan lebat pada malam kedua-dua hari acara, namun pengunjung dilihat tidak berganjak daripada lokasi dan terus berhibur dengan pelbagai seleksi lagu yang dipersembahkan.

Penonton tetap memberikan sokongan kepada barisan artis yang membuat persembahan, sekali gus membuktikan cuaca bukan penghalang untuk mereka menikmati pengalaman festival muzik berkenaan.

Bukan sekadar menawarkan hiburan muzik, festival itu turut menyediakan pelbagai gerai jualan makanan dan minuman bagi memudahkan pengunjung mendapatkan juadah sepanjang acara berlangsung.

Hujan tak halang penonton untuk kekal sehingga habis acara.

Kemudahan tersebut memberi peluang kepada pengunjung untuk berehat seketika, menikmati makanan dan minuman sambil bersantai bersama teman-teman sebelum kembali menyaksikan persembahan seterusnya.

Kehadiran gerai jualan itu turut menambah kemeriahan suasana apabila kawasan festival menjadi lokasi pengunjung berkumpul dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dalam suasana santai.

Selain persembahan muzik yang bertenaga, gelagat penyanyi yang tidak kekok berinteraksi bersama peminat dari atas pentas.

Ada antara artis yang mengambil kesempatan menyapa dan berinteraksi bersama penonton, sekali gus mewujudkan hubungan lebih dekat antara penghibur dan peminat.

Selingan Belia Benci Club hiburkan pengunjung dengan seleksi muzik rancak.

Malah, sesi selingan DJ daripada Belia Benci Club turut menjadi antara tarikan yang menghiburkan pengunjung apabila muzik rancak yang dimainkan berjaya mengekalkan momentum kemeriahan festival.

Selingan tersebut memberi variasi kepada pengalaman pengunjung yang bukan sahaja datang untuk menyaksikan persembahan artis, malah berpeluang menikmati suasana festival muzik yang santai dan penuh bertenaga.

Pamungkas menyampaikan seleksi lagu hitnya pada acara berkenaan.

Sementara itu, salah seorang penyanyi iaitu Kris Dayanti semasa persembahannya turut meluahkan rasa teruja kerana dapat kembali ke Malaysia menghiburkan peminat di negara ini.

"Saya gembira malam ini kerana kita tahu Ultra Kalcer ini adalah festival muzik anak-anak muda dan mungkin saya datang dari generasi yang berbeza dari anak-anak Ultra Kalcer," katanya selepas menghiburkan penonton selama satu jam.

Kris Dayanti memberikan persembahan bertenaga.

Ultra Kalcer Malaysia 2026 dianjurkan oleh Neptunes Presents dalam usaha memperkukuh kerjasama penganjuran acara muzik melibatkan artis Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini, penganjurnya iaitu Mohd Izwan Johar berkongsi cabaran terbesar dalam menganjurkan festival berkenaan antaranya usaha mendapatkan penyanyi Indonesia, Hindia.

Artikel Lain