BAHARU sahaja dilihat saling memberikan kata-kata sokongan antara satu sama lain, pelakon Puteri Balqis tampil mendedahkan sisi berbeza aktres Che Puan Sarimah Ibrahim yang didakwa tidak diketahui umum.Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, mendakwa Sarimah pernah memberikan kata-kata semangat kepadanya menerusi mesej peribadi (DM), namun bersikap berbeza apabila berada di hadapan khalayak. Menurut Aqish, dia berharap Sarimah turut mendedahkan perbualan peribadi mereka supaya orang ramai dapat mengetahui sisi lain aktres itu.Hantaran yang dibuat Aqish buat Sarimah."Auntie (panggilan kepada Sarimah) manis sungguh kata semangat yang auntie bagi dalam DM. Bila depan orang ramai auntie gelakkan saya. Tunjukkanlah DM itu sekali, auntie. Sayang kalau orang cuma kenal satu versi Sarimah."Sekarang auntie faham kenapa Aqish cakap ramai dalam industri nak jatuhkan Aqish? Sekarang auntie faham kenapa Aqish cakap ibu Aqish tak salah dan dia dikhianati?"Sekarang auntie faham kenapa Aqish kasar tapi sentiasa bercakap benar? Ini bukan classy atau professional. Ini pengkhianatan!" katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis berang aktor ‘miang‘ ambil kesempatan bergesel di lokasiARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sambut baik tindakan Global Station mahu siasat dakwaan, mohon maaf guna bahasa kasarDalam hantaran sama, Aqish turut berkongsi tangkap layar mesej yang didakwa dihantar Sarimah kepadanya.Mengulas lanjut, Aqish mengakui tidak terkejut dengan perkara tersebut kerana mendakwa sudah terbiasa berdepan situasi dikhianati oleh individu yang dipercayainya."Aqish sikit pun tak terperanjat. Terlalu ramai yang mengkhianati Aqish waktu ini. Terlalu ramai yang mereka cerita tentang Aqish dan keluarga."Bayangkan berapa ramai yang Aqish percaya selama ini rupanya di belakang ikut menjatuhkan Aqish. Kejam dunia artis ini kan auntie?" ujarnya.Tangkap layar yang dikongsikan Aqish.Pada masa sama, Aqish menegaskan dia akan terus memperjuangkan kebenaran berhubung perkara yang dialaminya selain mendakwa mampu menjadi individu lebih baik tanpa mengulangi perbuatan yang sama."Aqish akan terus lawan kerana apa yang Aqish alami benar berlaku. Bukan senang nak tegakkan kebenaran kan auntie?"Jangan risau auntie, Aqish boleh jadi lebih classy daripada auntie. Tapi jangan sesekali jadi pengkhianat, auntie," kongsinya.Terdahulu, Aqish pernah memuat naik hantaran ditujukan kepada Sarimah bagi menghargai nasihat serta kata-kata semangat yang diberikan aktres itu ketika dirinya berdepan saat sukar bagaimanapun dia bertindak memandamnya tidak lama kemudian.TONTON VIDEO PILIHAN!