suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perunding hartanah kongsi tip beli rumah... Teliti 4 faktor ini sebelum pilih tingkat tinggi atau rendah

Penguni aras bawah sering terdedah kepada gangguan bunyi. -Gambar hiasan AI

MEMBELI rumah bukan sekadar tentang memilih lokasi, keluasan atau harga yang bersesuaian dengan bajet. 

Bagi mereka yang bercadang membeli kediaman jenis apartmen atau kondominium, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah tingkat rumah yang ingin didiami.

Walaupun nampak seperti perkara kecil, pemilihan tingkat sebenarnya boleh mempengaruhi keselesaan, privasi dan gaya hidup penghuni. 

Setiap tingkat mempunyai kelebihan serta kekurangan tersendiri, bergantung kepada keperluan individu dan ahli keluarga.

Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bertingkat.

1. Tingkat rendah sesuai untuk warga emas dan keluarga yang mempunyai anak kecil

Kediaman di tingkat rendah mempunyai kelebihan dari segi kemudahan akses, terutama bagi warga emas, individu kurang upaya atau keluarga yang mempunyai anak kecil.

Penghuni juga tidak perlu terlalu bergantung kepada lif dan lebih mudah keluar masuk bangunan ketika berlaku kecemasan.

Bagaimanapun, tingkat rendah biasanya mempunyai beberapa kekurangan seperti:

- Tahap privasi yang lebih rendah.

- Bunyi bising dari kawasan bawah.

- Risiko gangguan nyamuk dan serangga.

- Pencahayaan serta pengudaraan yang mungkin kurang baik.

Unit di aras lebih tinggi menawarkan privasi dan panorama yang menarik. -Gambar hiasan AI

Unit di aras lebih tinggi menawarkan privasi dan panorama yang menarik. -Gambar hiasan AI

2. Tingkat pertengahan menawarkan keseimbangan

Bagi mereka yang mahukan keseimbangan antara kemudahan akses dan keselesaan, tingkat pertengahan boleh menjadi pilihan.

Kediaman di tingkat ini lazimnya tidak terlalu terdedah kepada bunyi bising dari kawasan bawah, selain mempunyai pencahayaan semula jadi yang lebih baik berbanding sesetengah unit di tingkat rendah.

Antara kelebihannya termasuk:

- Suasana lebih tenang.

- Tidak terlalu terdedah kepada angin kencang.

- Pemandangan yang lebih terbuka berbanding tingkat rendah.

- Privasi yang lebih baik.

Penghuni aras tinggi berdepan cabaran sekiranya lif tidak berfungsi. -Gambar hiasan AI

3. Tingkat tinggi menawarkan privasi dan pemandangan lebih menarik

Bagi individu bujang atau pasangan yang mengutamakan privasi, tingkat tinggi mungkin menjadi pilihan lebih sesuai.

Selain pemandangan yang lebih luas dan terbuka, kediaman di tingkat tinggi juga lazimnya lebih tenang serta kurang terdedah kepada gangguan serangga.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

- Harga unit mungkin lebih mahal.

- Tekanan air berkemungkinan kurang stabil.

- Angin boleh bertiup lebih kencang.

- Penghuni perlu bergantung kepada lif untuk keluar masuk.

- Proses menyelamatkan diri ketika kecemasan mungkin lebih mencabar.

4. Tingkat paling atas mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri

Unit di tingkat paling atas sering menjadi pilihan mereka yang mahukan privasi maksimum serta pemandangan yang lebih menarik.

Namun, pembeli perlu mengambil kira beberapa risiko tambahan seperti kemungkinan kebocoran air hujan dari bumbung, suhu kediaman yang lebih panas dan harga yang lebih tinggi.

Artikel Lain